Isnin, 2 Mei 2011

Kasih.

Kasih menangis di penjuru melihat semua orang di taman bergelak ketawa sesama sendiri.
Semua orang gembira.

Kasih menangis melihat semua orang berpelukan sayang sesama sendiri.
Semua orang sempurna.

Kasih saorang di dalam dunia.
Tak ada teman.
Tak ada keluarga.

Kasih..
Kasih sentiasa menanti..
sesiapa yang rela.

Kasih bangun.
Kasih berdiri.
Kasih senyum
dan Kasih terus berjalan.

Menangis selagi mampu. Sebab tuhan itu memahami. Susah, sedih, sunyi macam mana pon.
Dia tetap ada di sisi.

Berdoa lah kamu..