Selasa, 27 September 2011

Lesung pipit.

Sebab kan senyuman seseorang itu, aku tidak boleh lupa kan dia. Walaupun sesaat. Muka nya manis, ayu, ada lesung pipit.

Nama dia Laila.

Laila selalu menarik perhatian aku apabila dia lalu sebelah atau lalu mana-mana celah. Dengan bau wangian dia, aku terus terpaku dan pandang tanpa mengelip dan beri kan seratus peratus perhatian kepada Laila.

Aku cuba untuk menegur dia. Aku kaku. Hati aku kata pergi, tapi minda aku kata jangan. Aku ni siapa je. Budak lelaki yang useless dan paling selekeh dalam kampus. Laila gadis paling manis, aku takut bila aku pergi, dia lari.

Ada suatu ketika dulu. Laila duduk di hadapan aku. Sedang aku memerhati Laila tanpa berkelip. Pensyarah sahut nama aku;

"Azmi, apa jawapan untuk soalan saya?"

"Ha? Muka surat berapa Sir?"

"Kamu ni.."

Laila toleh belakang untuk melihat aku, dan Laila ketawa kecil. Argh, manis nya senyuman dia. Aku bersyukur kerana tidak membuka buku. Sebab kan kecuaian kecil aku, Laila pandang dan senyum.

Besok..

Laila duduk di hadapan aku. Aku pon pandang dia tanpa rasa jemu. Tiba-tiba pensyarah aku panggil;

"Azmi, hari ni muka surat 250, ya?"

"Baik Sir."

Laila pandang dan senyum. Aku rasa aku harus buat macam ni selalu. Baru Laila tahu siapa aku.

Besok dengan niat di hati aku mahu buat teknik yang sama untuk Laila pandang aku, tapi kali ni Laila duduk belakang. "Damn!" bisik dalam hati aku. Aku terpaksa menghadap pensyarah instead of pandang Laila. All the sudden Laila bersuara;

"Sir, muka surat berapa ye?"

"Muka surat 255 Laila."

Aku pusing, dan lihat Laila dan aku senyum.

Habis kelas, Laila tegur aku;

"Saya sengaja duduk belakang awak tadi sebab saya nak awak pandang. Asyik saya je pandang awak."

Aku kaku.

"Oh, yeke?"

"Jom, kita launch sama?"

"Ha, okay."

Tiada ulasan: