Rabu, 6 April 2011

Isnin.

Setiap hari aku pergi ke perhentian bas untuk pergi ke kerja.
Aku bangun pagi.
Gosok gigi.
Mandi.
Sarapan yang tak seberapa.
Baca surat khabar 2 minggu lepas.
"2 orang mangsa kemalangan tanpa bukti"
Pakai baju. Pakai tali leher. Pakai semua dengan rapi.
Sikat rambut. Tengok cermin.
Bila sudah puas tengok diri sendiri, aku pergi ke depan.
Pakai kasut. Walaupun tak mahal, aku tetap bersyukur.
Jalan kaki. Destinasi; perhentian bas.

Hari ini hari isnin.
Hari kedua untuk permulaan setiap minggu.
Aku menunggu sambil melihat kiri, kanan.
Aku nampak saorang gadis. Berbaju kurung putih. Rambut panjang.
Makin berhampiran dengan aku.
Mungkin niat dia pon sama macam aku.
Mahu menunggu bas.
Tapi sebelum ni aku tak pernah nampak dia.
Bas aku dah sampai.
Aku naik.
Dia pon naik sekali. Sebab dia perempuan, aku bagi dia naik dulu.
Aku beratur di belakang dia.
Rambut dia wagi. Macam puteri pon ada.

Aku mencari tempat duduk dan aku duduk.
Gadis itu duduk di hadapan aku.
Hawa dingin yang menghala ke aku membaukan haruman rambutnya.
Wangi.
Aku suka.

Aku mula mengantuk.
Aku mahu tidur.
Aku mula terlelap.
Akhirnya, aku tertidur.

Aku buka mata supaya aku tidak terlepas destinasi.
Gadis itu masih di depan aku.
Aku cuba cari bau rambutnya.
Tapi kali ni bau dia lain daripada yang lain.
Bau sesuatu tidak busuk tapi tidak wangi juga.
Aku rasa lain macam.

Aku cuba tidak panik.

Gadis tu.
Bergerak tidak selesa.
Aku tengok gelagat dia.
Dia cuba pandang aku di belakang.
Jantung aku berdegup.
Akhirnya, dia pandang.
Dia berkata.

"Kalau hati aku dirobek, malam ni kau akan mati. Hati kau akan diambil oleh syaitan. Dan memberi aku untuk hidup."

Aku terkejut.
Aku pelik.
Apa maksud dia?

Dia keluar dari tempat duduk nya.
Dia berjalan ke arah aku.
Bas masih berjalan.
Tapi keadaan di sini bagaikan malam.
Walhal, aku tahu aku bangun tadi, pagi.
Aku makin gelisah.
Hampir panik.

Dia duduk di sebelah aku.
Sambil di tutupi muka dengan rambutnya.
Aku pandang bawah, aku takut.
Dia pandang arah aku.
Gadis tadi yang aku nampak cantik bagai puteri.
Berubah menjadi syaitan paling takut di dunia aku pernah nampak.
Kulit nya bagai kan dirobek.
Berdarah.
Luka.
Dia berkata

"Hari ini hari isnin. Aku menunggu waktu untuk menelan kasih dari sesiapa. Aku mungkin cantik. Tapi hari isnin aku tidak. Kau suka rambut yang wangi?"

Aku takut mahu menjawab.

"Tak apa, nanti satu hari nanti. Kita duduk bersama disini lagi."

Aku terdengar suatu bunyi yang sangat kuat dan berdentum.
Aku buka mata.
Aku masih di perhentian bas.
Aku melihat.
Ramai orang menunggu bas.

Tapi aku hairan.
Kenapa semua orang memakai pakaian putih?
Aku lihat diri aku.
Aku juga memakai pakaian putih.

Aku pandang kanan. Aku pandang kiri.
Aku nampak gadis tadi makin hampiri aku.
Dia duduk di sebelah aku.
Dan berkata

"Dah bersedia untuk pergi ke destinasi seterusnya? Hari ni aku duduk sebelah kau, ya?"

Aku angguk, hairan.

2 minggu kemudian..
Title surat khabar harian.

"2 mangsa kemalangan bas. Tanpa bukti lagi sekali."

7 ulasan:

Shahirah berkata...

lea kata lea tak keje? =.=

Shahirah berkata...

eh silap. apa i comment ni wakakka

Sang Perwira berkata...

lea memang tak kerja lerr. itu yang merepek menulis ni.

aifaa berkata...

serious hg berbakat

Sang Perwira berkata...

terima kasih daun keladi. nanti dah update sila datang lagi. *pish

shaufie berkata...

kool sial

Sang Perwira berkata...

baru sekarang ke kau baca belog aku? sedih, meeemang sedih.